Tuesday, April 18, 2017

Al Kisah 5 Sen: 5 sen Oh 5 Sen oleh A.Subra

Al Kisah 5 Sen: 5 sen Oh 5 Sen                                              2017MAC#2

Salam 1  Malaysia semua.  Harap semuanya sihat-sihat belaka dan bertemu kembali hari ini dengan topik yang menarik!

“ Semakin hari harga barang makin naik… tak turun –turun, yang turun hanyalah hujan” inilah rintihan rakyat Malaysia.  Tetapi, barangan keperluan perlu dibeli, jadi disingkatkan cerita, ramai antara kita pergi membeli belah di semua jenis tempat perniagaan dan perkhidmatan! 

 Perkara yang paling menjengkelkan apabila, kita membayar wang tunai dan wang baki yang dikembalikan  (jika ada) tidak mencukupi…..kurang 5 sen!   Kita hitung balik duit baki untuk kepastian dan memang baki wang tidak mencukupi 5 sen, kita tenung balik ke arah juruwang tersebut kebarangkalian dia akan tenung balik dengan wajah selamba ataupun sudah melayani pelanggan seterusnya!  Apabila kita inginkan penjelasan dari beliau…… tahukah anda jawapan yang bakal anda terima?? … (ini Soalan Cepu Emas .. J)

……  “Duit tukar takde la bang!”, “Duit 5 sen baru je habis”, “Bos belum hantar lagi duit kecik”……

Senang je  jawapan mereka.  Sila Ambil Perhatian, saya bukannya mengutuk para juruwang di situasi di atas, ramai antara mereka adalah  pekerja sahaja (yang mencari nafkah yang halal)  dan bukannya pemilik perniagaan dan seperkara lagi bukan semua pemilik perniagaan membuat sebegitu.
Berapa ramai yang pernah mengalami situasi di atas?  “Takkan 5 sen ni pun En Subra nak bising dan mula menulis panjang lebar ni?!

Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan masalah 5 sen, 10 sen, 1000sen, ataupun 1,000,000sen!  Ini adalah isu PRINSIP dan INTEGRITI.  Dua perkara yang kian hari hilang di kalangan kita ataupun hilang dari ingatan kita sebab rakyat Malaysia ini rata-rata mudah lupa! (termasuk diri saya sendiri).
            
         Saya ingin mentengahkan persoalan ini kepada wakil dan pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan yang betanggung-jawab di dalam soal ini.

Apakah hak seorang pembeli untuk mendapatkan balik wang 5 sen?
Apakah tanggungjawab seorang pemilik perniagaan untuk menyediakan wang tukaran secukupnya?

                                                                                             1/3     …bersambung

Adakah jawapan untuk kedua-dua  soalan dan soalan-soalan lain seakan dengannya telahpun dikenal pasti dan diwartakan di mana –mana supaya mudah untuk rakyat merujuk!

            Untuk saya mudah sahaja, jika wang baki 5 sen tidak ada, maka jangan bilkan 5 sen itu di dalam harga kesuluruhan sama sekali.  Siapa yang memberi kamu kuasa untuk tidak membayar balik 5 sen kepada pembeli?  Tetapi keberatan untuk melepaskan 5sen pemilik kedai! ...  5 sen sahaja apa! Janganlah berkira sangat!

 Sudah- sudah, janganlah nak tipu pengguna dengan alasan-alasan yang remeh…..  “System susah nak edit (mesin wang)”, “  semuanya otomatik”, “susah nak kira kerana implementasi GST…(alahai ke situ pulak dah”...

 “Hello Kawan !”, Kita bukanlah masih di zaman batu lagi,  sistem mesin yang digunakan bukanlah sebesar bilik tidur ataupun sebesar ruang tamu dan mengunakan “wire programming” masa atuk kita dulu.  Semuanya mudah dan senang dilakukan jika perlu…..  persoalnnya sekarang MAHU atau TIDAK!

Jika tidak mahu menyentuh bab mesin dan otomasi dan sengaja merumitkan keadaan….. senang sahaja cerita “ Pastikan Wang Kecil 5 sen sentiasa ada di setiap waktu perniagaan dan dikembalikan kepada pembeli”.   Selesai sudah masalah 5sen rakyat Malaysia.

 …  Sebelum saya berundur kali ini, mari kita lihat kehebatan nilai 5 Sen,

Yang berikut adalah anggaran kasar, jika perlu tepat, tolong dapatkan angka yang tepat dari sumber yang sahih dan buat perhitungan sendiri.

Bilangan penduduk di Malaysia ~ 30Juta,
Bilangan penduduk yang sudah bekerja dan  bergaji ~ 40%  =  12 Juta
Bilangan penduduk yang mengalami situasi di atas ~ 1% = 120,000 ribu pembeli
Maka, RM0.05 x 120,000 ~ RM6,000 ini baru sehari! 
kalau dalam masa sebulan….. ???

Semuanya hilang entah kemana? 

Masih merasa nilai 5 sen tak seberapa? 

… Realitinya, kalau kita masih dengan sikap “Tidak apa” , maka 5 sen hari ini, esoknya tukar menjadi 50 sen, dan lusa menjadi 5 ringgit nanti.

                                                                                              2/3     …bersambung

Jadi,  marilah kita sama –sama renungkan perkara di atas, dan mulai hari ini jadilah pengguna yang bijak dan mengenali hak sebagai pengguna di Malaysia dan yang penting sekali, Jabatan-jabatan kerajaan dan para pegawai yang bertanggungjawab untuk perihal di atas sila ambil perhatian dan cuba mengenal pasti kesahihan isu yang diketengahkan dan cuba menolong rakyat.
Sekian Terima Kasih.

-A.Subra-
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”


( Selang sehari, selepas penulisan di atas, isteri saya telah melalui pengalaman yang sama, kali ini di suatu restoran makanan di Lapangan Terbang Subang … Kebetulan?!)

(Jika terdapat sebarang kesalahan dari segi ejaan , tatabahasa dan cara penulisan, saya meminta maaf banyak-banyak.  Saya akan pasti memperbaiki lagi kelemahan yang sudah sedia ada dari masa ke semasa dan ini pastinya akan mengambil masa.  Jadi bawa bertenang semua!
Segala penulisan adalah karya saya sendiri dan tidak berkait rapat tentang sebarang individu mahupun organisasi.  Kalau terdapat sebarang kaitan maka ia hanya secara kebetulan sahaja!   Di dalam keaadan ada kaitan ataupun tidak, yang penting bukalah mata dan minda seluas-luas yang mampu dan gunakan akal fikirang yang dikurniakan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan ole penulis)

PENAFIAN: Penulis tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari sebarang artikel yang telah ditulis, bakal ditulis, dikongsi  oleh penulis ataupun pengelola informasi di atas.
                                   
Hak Cipta Terpelihara
Tiada mana-mana bahagian daripada artikel di atas , disunting, ditiru dan diubah dan diterbitkan semula, disimpan di dalam system simpanan yang boleh dikeluar semula atau dipancarkan, di dalam apa jua bentuk sam ada electronic, mekanikal, Salinan, rakaman dan lain-lain media yang berkaitan, tanpa kebenaran dari Penulis terlebih dahulu.



                                                                                                       3/3     …TAMAT.

3 comments:

  1. 5 sen mungkin merupakan nilai yang amat kecil tetapi benda yang remeh seperti ini sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam.

    Jadilah pengguna yang rasional dan bijak.
    Perbincangan yang Efisien Mr Subra 👍

    ReplyDelete
  2. How very true. It's abuse. Integrity is no longer a welcomed word in our society....It's all about Greed..How much richer can I be and what about my great great grandchildren...Will they have enough for their great great grandchildren...

    ReplyDelete

Lintasan Belang oleh A.Subra 2017MEI#4

2017MEI#4 Lintasan Belang:  “Lambat untuk Kerja”.   Antara Hidup dan Mati; Apa pula alasan kalian?                              ...