Thursday, May 11, 2017

Lintasan Belang oleh A.Subra 2017MEI#4

2017MEI#4

Lintasan Belang:  “Lambat untuk Kerja”.  
Antara Hidup dan Mati; Apa pula alasan kalian?            
   
                                                                                         
Salam 1  Malaysia.  Apa khabar semua?  Bertemu kembali hari ini dengan satu lagi topik yang hangat dibincangkan baru-baru ini!

Beberapa minggu yang lepas, rakyat Malaysia lebih-lebih lagi warga Pulau Pinang digemparkan dengan kejadian langgar dan lari seorang wanita oleh seorang pengguna jalanraya yang mengakibatkan kehilangan nyawa!   Diharap pihak keluarga mangsa diberkati tuhan dengan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini dan kepada si pemandu pula supaya beliau betul-betul mengimbas kembali tindakannnya dan berasa insaf dan tidak berbuat demikian di masa yang akan datang nanti!  Peristiwa ini patut menjadi teladan untuk kesemua pengguna jalanraya!

Saya sebagai pengguna jalanraya , sudah banyak kali mengalami peristiwa yang seakan dengannya.  Ia bukan sahaja membabitkan semua jenis kenderaan beroda malah merangkumi segala lapis masyarakat majmuk di Malaysia dan ini melibatkan kemalangan ringan ataupun nyaris-nyaris berlaku kecedaraan teruk.  Cuba anda imbas kembali pengalaman anda pula! 
Di mana silapnya?  Siapakah harus dipersalahkan?  Apa yang boleh kita buat?

         Kalau ikutkan pendapat saya, ini adalah berpunca dari kecuaian dan kelalaian diri kita sendiri... ia betul.  Berapa ramai antara kita, pernah melepasi lintasan belang sedangkan ada penjalan kaki tengah siap menunggu di tepi jalan; tidak berhenti tepat sewaktu lampu isyarat telah pun bertukar Merah;  di waktu lampu isyarat masih Merah, disebabkan kenderaan di laluan isyarat Hijau tidak begitu banyak, kita terus memandu tanpa hiraukan tanda isyarat berhenti;  membawa kenderaan melebihi had kelajuan yang ditetapkan ;  dan yang paling popular sekali pengunaan telefon bimbit dan peranti mudah-alih digital sewaktu memandu.  Saya betul-betul hairan dengan pengguna telefon ini, apakah yang mustahak sangat sehinggakan masa memandu ataupun membonceng telefon pasti melekat dekat telinga ataupun sibuk menaip!!  

         Mungkin ramai antara kita tersenyum sinis dengan jawapan masing-masing, INGAT… mungkin kebanyakan antara kita masih berbuat sedemikian dan belum lagi terlibat di dalam sebarang kejadian yang tidak diiingini namun itu tidak berererti, tindakan kita ini adalah wajar dan betul.  Sedarlah, sebelum nasi menjadi bubur! 

                                                                                              
       “Bagaimana pula, dengan En Subra, takkan tak pernah silap”, kedengaran bisikan kawan-kawan di luar sana.
Saya tak pernah menggelar diri saya seorang yang baik sangat dan tak pernah buat silap.  Saya hanyalah seorang manusia yang ada cacat-celanya yang tersendiri namun yang penting sekali, apabila kita melakukan kesilapan; pertama sekali kita harus mengakui kesilapan tersebut dan perkara kedua jangan mengulangi perkara yang serupa!  Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna jalanraya,  saya mempunyai satu set peraturan yang tersendiri,

  • · Apabila berjalan kaki,  beri perhatian yang sepenuhnya kepada persekitaraan trafik
  • · Apabila memandu pula, tiada pengunaan gadzet ataupun telefon mudah-alih yang mampu mengganggu penumpuan memandu.
  • · Kalau perlu menjawab panggilan masuk, guna pembesar suara ataupun peranti bebas tangan dan hadkan masa berbual untuk  jangka masa yang singkat… untuk saya kurang dari seminit sudah memadai.  “ Saya akan sampai 5 minit lagi”,  “On the way…On the way”,  “Jem teruk, saya lambat 10 minit” , “Saya berada sekitar Jalan ABC”,  Harap pembaca dapat memahami maksud saya. Sebarang panggilan mustahak ataupun yang perlukan perbincangan semuanya dilakukan sebelum ataupun selepas perjalanan.
  • ·Yang penting sekali, HORMATI… nanti!.. perkataan itu sudah tidak berkesan lagi;  MEMATUHI undang-undang di jalanraya.  Tolong imbas kembali buku panduan lalu-lintas ataupun mungkin sekarang sudah ada versi digital, tak payahla nak belek buku lagi.


Peraturan di atas bukanlah sesuatu yang baru dan teramat bagus sekali sehinggakan perlu diberi anugerah cemerlang tetapi ianya berkesan untuk melindungi diri, keluarga saya dan pengguna jalanraya yang lain.

Kembali kepada rencana kali ini, Belang si Belang… bukan Pak Belang ye… ini Lintasan Belang Ok! 

Kepada pihak yang bertanggungjawab, apabila ingin mewartakan lintasan belang yang baru, pastikan diberi peringatan yang secukupnya kepada pennguna jalanraya; bukan setakat papan tanda, lampu peringatan , bonggol kelajuan ataupun cara-cara lain yang lebih berkesan dan dipraktikkan di negara lain.  Apa gunanya ‘Lawatan Sambil Belajar’  …  melainkan ia kini  hanyalah lawatan semata-mata dan sekadar makan angin.

            Kalau kawasan tersebut sudah lama diwartakan sebagai kawasan lintasan belang, maka pastikan warna yang digunakan tidak pudar dan dicat semula, tiada rimbunan daun atau dahan melindungi papan tanda yang sedia ada… Oh ya! Pastikan papan tanda masih ada lagi!  Jika terdapat lampu isyarat lintasan belang, pastikan lampu itu berfungsi… kalau setakat nak wayang sahaja tak payahlah membazirkan wang rakyat!  Kesemua di atas boleh diselenggara dengan berkesan dengan mengamalkan penyelenggaraan berjadual.



                                                       Gambar rajah (1)

(1) Pernahkah lintasan belang di kawasan anda begitu jelas sekali seperti di atas?



                                                      Gambar rajah (2)

(2) Menunjukkan tanda "zig-zag" di tepi bahu jalan dari lintasan belang.  Ini mampu, membuatkan pemandu lebih peka untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dan berhenti supaya pejalan kaki melintas.



                                                         Gambar rajah (3).



                                                           Gambar rajah (4) 

Antara Gambar rajah (3) dengan (4), yang mana satu kelihatan jelas untuk pemamndu kenderaan?  Yang mana satu menepati piawaian keselamatan penguna di jalanraya?  Yang mana harus dicontohi oleh badan penyelenggaraan di kawasan anda?  

                                                            Gambar rajah (5)

(5) Suis pejalan kaki yang kita kenali dan sering disalah-gunakan sebagai "beg-tinju", kerana sebab-sebab yang tertentu!  


Jadi setakat inilah coretan kali ini.  Untuk penguna jalanraya di luar sana dan pihak berkuasa untuk penyelengaraan jalanraya, renungkanlah sedikit isu-isu berkaitan keselamatan di jalanraya dan cuba buat pemerhatian terhadap perkara-perkara yang boleh dinaik-taraf (Improvements) dan juga tidak teragak-agak untuk mengubah-suai tatacara  yang sekian lama digunakan tetapi tidak lagi relevan buat masa kini!
Sehingga jumpa anda dengan perbincangan yang lain.
Terima kasih dan pastikan keselamatan diri anda and pengguna jalanraya yang lain terpelihara.

                                                                                  

Sekian Terima Kasih.
-A.Subra-
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”



(Jika terdapat sebarang kesalahan dari segi ejaan , tatabahasa dan cara penulisan, saya meminta maaf banyak-banyak.  Saya akan pasti memperbaiki lagi kelemahan yang sudah sedia ada dari masa ke semasa dan ini pastinya akan mengambil masa.  Jadi bawa bertenang semua!
Segala penulisan adalah karya saya sendiri dan tidak berkait rapat tentang sebarang individu mahupun organisasi.  Kalau terdapat sebarang kaitan maka ia hanya secara kebetulan sahaja!   Di dalam keaadan ada kaitan ataupun tidak, yang penting bukalah mata dan minda seluas-luas yang mampu dan gunakan akal fikirang yang dikurniakan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan ole penulis)

PENAFIAN: Penulis tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari sebarang artikel yang telah ditulis, bakal ditulis, dikongsi  oleh penulis ataupun pengelola informasi di atas.
                                   
Hak Cipta Terpelihara
Tiada mana-mana bahagian daripada artikel di atas , disunting, ditiru dan diubah dan diterbitkan semula, disimpan di dalam system simpanan yang boleh dikeluar semula atau dipancarkan, di dalam apa jua bentuk sam ada electronic, mekanikal, Salinan, rakaman dan lain-lain media yang berkaitan, tanpa kebenaran dari Penulis terlebih dahulu.



                                                                                                              …TAMAT.

No comments:

Post a Comment

Lintasan Belang oleh A.Subra 2017MEI#4

2017MEI#4 Lintasan Belang:  “Lambat untuk Kerja”.   Antara Hidup dan Mati; Apa pula alasan kalian?                              ...