Tuesday, April 25, 2017

GOOOL!!! 1-0 Politik ditendang keluar dari arena bola sepak Negara 2017MAC#3

Saya, merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigader Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di atas kejayaan beliau bejaya menyandang jawatan sebagai Presiden FAM kali ini.

Saya melihat cara pemikiran dan perwatakan DYAM Tungku Mahkota Johor memang baik dan berpandangan jauh dan menitikberatkan kemajuan positif demi kepentingan rakyat.  Sikap beginilah yang rakyat terlalu mengharap dari golongan yang diamanatkan untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga pejabat-pejabat kerajaan, tetapi sayangnya, rakyat semakin jarang dapat melihat perwatakan sebegini.
Saya tidak berminat dengan permainan bolasepak seberapa tapi kalau bab permainan Badminton lainlah ceritanya J.  Saya hanya menyaksikan sebarang perlawanan bolasepak, apabila berlangsungnya pertanding bolasepak Piala Dunia (World Cup) bermula dengan permainan kumpulan kesukaan saya, pertandingan suku akhir dan pertandingan akhir.  Manakala, untuk perlawanan di dalam negara, selalunya permainan akhir sahaja.  Selalunya fokus dan pemerhatian saya bertumpu kepada mutu dan daya saing yang ditonjolkan oleh para pemain sebagai satu pasukan.

Tapi, itu tidak akan menghalang saya dari membuat pemerhatian saya terhadap perlantikan Tuanku.  Jika benar apa saya perhatikan sebelum ini,  di bawah naungan Tuanku dengan disertakan restu dari Maha-Pencipta , rakyat Malaysia akan bakal menyaksikan suatu perubahan yang amat ketara di arena permainan bolasepak Malaysia.  Tetapi, rakyat berlu ambi perhatian, 
Semuanya bermula dan berakhir dari perlawanan kelayakan Olimpik bolasepak Kumpulan 2 pada tahun 1980an…. Zaman Kegemilangan bolasepak negara kita!  Kalau tak silap saya, selepas itu masih ada berita-berita yang membanggakan peminat sukan tanahair kita dalam masa 37 tahun namun pada pendapat saya, ianya tidak memenuhi jangkaan rakyat Malaysia.  Kenapa?
  

                                                                                                1/3     bersambung


… Semuanya dijadikan politik, kepentingan segolongan individu,  kepentingan untuk mengaut keuntungan dari industry bolasepak melebihi kepentingan untuk meningkatkan mutu permainan, sikap setengah pemain itu tersendiri dan banyak lagi.  Faktor-faktor ini telah memainkan peranan yang penting semenjak 37 tahun yang lepas sehinggakan arena bolasepak negara sudah ketandusan dan ketinggalan!  Ramai yang di luar sana bercanggah dengan pendapat saya, tapi kita mesti beringat,  “kita tidak boleh angat bakul sendiri”!  Kalau kita rasa diri kita ini hebat maka kehebatan itu pastinya membuahkan hasil…. Kita harus mengenepikan emosi semata-mata tetapi harus menilai keputusan yang dikecapi (Results) setakat ini!  Cuba bandingkan prestatsi dan kemajuan yang dicapai oleh pasukan-pasukan lain dari negara jiran kita sekitar Asia Tenggara, kalau itu tak memadai luaskan skop anda kepada pasukan dari Negara Asia pula, bagaimana?  Sudahkah anda mendapat jawapannya? 
Ini bukan sahaja releven  untuk sukan bolasepak sahaja malah teramat sesuai untuk mengenali keberkesanan sesuatu dasar kerajaan, implementasi projek  awam ataupun penyelesaian yang diketengahkan oleh sesuatu badan kerajaan.  
Kalau setakat nak sembang kuat, kebanyakan orang kita ini begitu hebat sekali.  Semuanya terbaik dan bagus tetapi apabila melihat akan keputusan…. “Huh… berlagak je lebih!…!
                       
Kembali balik ke tajuk perbincangan kita kali ini,  Walau apa pun,  yang pentingnya, usaha untuk memartabatkan arena bola sepak tempatan pastinya memerlukan masa dan masa itu sahajalah yang mampu membuktikan segala-galanya dan membezakan antara keputusan yang jitu dengan sembang kosong!


                                                                                             2/3     …bersambung

  
Dengan kata-kata itu, saya dan pastinya bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang yang lain menaruh harapan dan menyokong penuh segala usaha
Tunku Mahkota Johor selaku Presiden baru FAM diikuti dengan doa untuk menjayakan visi Tunku.  Daulat Tunku.
Yang Benar….nun jauh dari Utara….. Pulau Pinang
Sekian Terima Kasih.

-A.Subra-
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”



(Jika terdapat sebarang kesalahan dari segi ejaan , tatabahasa dan cara penulisan, saya meminta maaf banyak-banyak.  Saya akan pasti memperbaiki lagi kelemahan yang sudah sedia ada dari masa ke semasa dan ini pastinya akan mengambil masa.  Jadi bawa bertenang semua!
Segala penulisan adalah karya saya sendiri dan tidak berkait rapat tentang sebarang individu mahupun organisasi.  Kalau terdapat sebarang kaitan maka ia hanya secara kebetulan sahaja!   Di dalam keaadan ada kaitan ataupun tidak, yang penting bukalah mata dan minda seluas-luas yang mampu dan gunakan akal fikirang yang dikurniakan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan ole penulis)

PENAFIAN: Penulis tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari sebarang artikel yang telah ditulis, bakal ditulis, dikongsi  oleh penulis ataupun pengelola informasi di atas.
                                   
Hak Cipta Terpelihara
Tiada mana-mana bahagian daripada artikel di atas , disunting, ditiru dan diubah dan diterbitkan semula, disimpan di dalam system simpanan yang boleh dikeluar semula atau dipancarkan, di dalam apa jua bentuk sam ada electronic, mekanikal, Salinan, rakaman dan lain-lain media yang berkaitan, tanpa kebenaran dari Penulis terlebih dahulu.



                                                                                                  3/3     …TAMAT.

No comments:

Post a Comment

Lintasan Belang oleh A.Subra 2017MEI#4

2017MEI#4 Lintasan Belang:  “Lambat untuk Kerja”.   Antara Hidup dan Mati; Apa pula alasan kalian?                              ...