Tuesday, April 18, 2017

Pengenalan

KATA-KATA ALUAN                                                           (2017MAC#1)


Salam 1 Malaysia.  Sudah lama saya memendam keinginan saya untuk menulis namun, semakin hari melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam mahupun di luar negeri telah menyebabkan saya memulakan perjalanan ini dengan doa supaya tuhan memberkati niat murni saya ini. 

            Sebelum itu, biar saya memperkenalkan diri;  saya  Subramaniam A/L Apala Naidu rakyat Malaysia, beragama Hindu dan kini menetap di Pulau Pinang.  Saya mendapat pendidikan awal saya dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di sebuah ladang ( Estate) di Kedah ,  kemudian meneruskan sekolah menengah dan Diploma di Perak sebelum mendapatkan Ijajah Kejuruteraan di dalam bidang Elektrical dan Elektronik dari sebuah universiti di luar  negara.

            Sedikit tentang pengalaman bekerja dan professional ; bermula sebagai jurutera di bidang “ATE” yang berasal dari Jepun, kemudian beralih kepada bidang semikonductor  “MNC” , diikuti dengan bidang semikonduktor “Subcon” dari Taiwan sebagai seorang Pengurus dan sekarang sedang bergiat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan berkat tuhan.

            Tujuan utama tulisan saya adalah semata-mata untuk perbincangan, pendapat peribadi, analisis dan pengajaran bersama rata-rata berdasarkan fakta yang ada, ilmu yang telah ditimba setakat ini dan juga pemikiran logik!    Perkara yang saya ingin berbincang meliputi segala aspek kehidupan seharian masyarakat Malaysia,  tajuk atau isu-isu semasa yang disiarkan di media, ulasan mengenai keratan akhbar melalui kanta mata saya sebagai rakyat Malaysia.

            Seperkara lagi, saya bukan ahli  mana-mana parti politik,  bukannya wakil mana-mana ahli politik ataupun  VVIP untuk mempromosi ideologi masing-masing, bukan artis ataupun orang terkenal satu Malaysia tetapi seorang rakyat Malaysia, seorang suami, seorang ayah dan seorang anak yang ingin mencari sesuap nasi demi menyara keluarga tersayang dan menolong mereka yang memerlukan bantuan sedaya yang boleh.
  
                                                                                            1/3      …bersambung

Kepada bakal “Likers” dan “Hater”….

TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH…. 
Terima kasih kerana anda dapat mencerminkan pendidikan agama yang betul , boleh menghayati intipati pendapat saya dengan hati terbuka, gunakan akal fikiran untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dan menghormati hak individu untuk mempertengahkan luahan hati saya….
….. Terima kasih kerana mencerlahkan diri anda yang sebenar, menjadi contoh terbaik sebagai individu yang kurangnya pendidikan agama, yang tak beradab, terlalu emosi dan tak mampu menangani sebarang bentuk perbincangan secara waras dan bijak….
            
               Hakikat dunia sosial media:  Jika saya menaip “ Saya suka kuih karipap” dan menaik-muat di mana – mana social media dan dikongsi bersama kenalan mahupun untuk tatapan umum, perkara yang berikut sudah pasti;

  • ada yang suka akan paparan saya
  • terdapat pula golongan yang tidak suka dan mengatakan kuih kesukaan masing-masing
  • ada yang segelintir pula tidak puas hati kerana komen saya berkenaan makanan dan bukannya tajuk yang lain
  • yang paling teruk sekali adalah golongan yang pandang semua hanya melalui kanta Agama, Bangsa ataupun Etnik.  Golongan inilah paling saya suka, Kenapa? Sebarang komen ataupun pendapat… dia boleh kaitkan semuanya kepada satu perkara sahaja… iaitu isu Kaum dan Agama!  Benda dua ini je yang dia faham dan tahu!! ...  ataupun dalam erti kata sebenarnya tidak faham lansung"


Yang ini baru untuk satu kenyataan yang mudah dan jelas iaitu “ Saya suka kuih karipap”….

Jika benda yang mudah ini boleh mendapat pelbagai pendapat yang berlainan apatahlagi bila saya mula menulis dan mengulas berkenaan topik-topik lain yang lebih penting dan serius yang berkait-rapat dengan kehidupan seharian kita ini!

..”Wow”… panjang sangat pengenalan ini.  Apa tujuan saya menulis kata-kata aluan ini yang mungkin membosankan para pembaca! ….  “Dia ni nak tunjuk hebat ke?” , “ Hendak mencabar orang ke?”, “Nak tunjuk pandai ke?” ….. Jawapannya terpulang kepada pembaca masing-masing.  Memang ada sebabnya.  Kita akan ketahuinya di waktu-waktu yang akan datang nanti….

            Ia lebih berguna untuk mengenali diri saya lebih lanjut lagi oleh para pembaca yang dihormati. Sudah pasti ia tidak memadai untuk mengenal pasti watak seseorang 100%... namun cukuplah setakat “Ice Breaker”.

                                                                                            2/3 …bersambung

            Seperkara lagi kawan-kawan, Kenapa pilih Bahasa Malaysia untuk menulis? 

“Eleee, takkan u tak tau!!  Orangnya tak boleh speaking kot, hiss tak de kelas la”, “Orangnya sampai sekolah pondok je kot?”, “ Ini macam kerja Cut dan Paste nii!”,  Saya sudah agak dah kata hati pembaca di luar sana….. Walau apapun….. Ini penjelasan saya…

Bahasa Malaysia Bahasa Kebangsaan saya dan saya berasa selesa dengan pengunaan Bahasa Malaysia.

Jadi, setakat ini sahaja coretan sulong saya dan dengan ini dengan rasminya bermula perjalanan saya sebagai penulis blog yang BERETIKA, BERINTEGRITI dan BENAR.

Sekian Terima Kasih.
-A.Subra-
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”
 (Jika terdapat sebarang kesalahan dari segi ejaan , tatabahasa dan cara penulisan, saya meminta maaf banyak-banyak.  Saya akan pasti memperbaiki lagi kelemahan yang sudah sedia ada dari masa ke semasa dan ini pastinya akan mengambil masa.  Jadi bawa bertenang semua!
Segala penulisan adalah karya saya sendiri dan tidak berkait rapat tentang sebarang individu mahupun organisasi.  Kalau terdapat sebarang kaitan maka ia hanya secara kebetulan sahaja!   Di dalam keaadan ada kaitan ataupun tidak, yang penting bukalah mata dan minda seluas-luas yang mampu dan gunakan akal fikirang yang dikurniakan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan ole penulis)

PENAFIAN: Penulis tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari sebarang artikel yang telah ditulis, bakal ditulis, dikongsi  oleh penulis ataupun pengelola informasi di atas.
                                   
Hak Cipta Terpelihara
Tiada mana-mana bahagian daripada artikel di atas , disunting, ditiru dan diubah dan diterbitkan semula, disimpan di dalam system simpanan yang boleh dikeluar semula atau dipancarkan, di dalam apa jua bentuk sam ada electronic, mekanikal, Salinan, rakaman dan lain-lain media yang berkaitan, tanpa kebenaran dari Penulis terlebih dahulu.


3/3 … Tamat.

No comments:

Post a Comment

Lintasan Belang oleh A.Subra 2017MEI#4

2017MEI#4 Lintasan Belang:  “Lambat untuk Kerja”.   Antara Hidup dan Mati; Apa pula alasan kalian?                              ...